Thursday, March 21, 2013

Apa Je La..

 "Gagal sekali bukan bermakna gagal buat selama-lamaya dan Kalau tak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya"

21.03..2013 merupakan keputusan SPM 2012 dikeluarkan.. tergerak hatiku mengenangkan kembali alam persekolahan dan alam menara gading!! Rasa rindunya dalam tersebut.. andai masa dapat diundurkan kembali.. alangkah indahnya dunia ini.. rasa dunia ini aku yang punya..

Jangan terlalu bersedih sekiranya kita gagal dalam sesuatu perkara. Mungkin ada hikmah atas segala kegagalan yang berlaku.. Kegagalan adalah satu langkah untuk memperolehi kejayaan dalam hidup dan bidang yang diceburi.

Seperti insan yang lain, aku juga tidak lari daripada kegagalan dalam hidup... Kita hanya merancang, Hanya tuhan yang menentukan segalanya.

KeHidupanKu

Dalam hidup ini.. aku gagal menentukan hala tuju yang sempurna sebagai umat islam. Kenapa?? Aku lalai dengan duniawi yang memukau mata serta hati.. Taubat Nasuha adalah jalan yang terbaik untuk menuju kejayaan serta memperbaiki kelemahan diri.. aku hanya insan yang lemah dan perlu mendapatkan pendidikan agama yang kuat supaya tidak menyimpang lebih jauh lagi!!!


Gagal sekali bukan bermakna gagal buat selama-lamanya!! Hanya diri kita sendiri yang mampu mengubah nasib dengan usaha, doa dan tawaka kepada pencipta kita!! 



Kebiasaannya, dalam peperiksaan awam.. kita mesti mengharapkan sesuatu keputusan yang cemerlang akan diperolehi supaya dapat mengubah nasib ke arah kebaikan serta kejayaan!!

Allah S.W.T sentiasa mendengar keluhan hambanya.. berdoa kepadanya.. meminta petunjuk supaya  membuka hati kita melakukan perkara yang dibenarkan dan meninggalkan segala larangannya..


Kata-kata perangsang




Don,t Give Up!! dalam kata mudahnya.. Jangan Mudah Putus Asa... jangan mudah menyerah kalah sebelum melakukan sesuatu walaupun nyawa dipertaruhkan... hanya insan yang tiada hala tuju yang mudah menyerah dan putus asa dalam hidupnya...

Hendak diceritakan.. dalam 4 peperiksaan awam yang aku duduk sepanjang alam persekolahan dari UPSR, PMR, SPM dan STPM.. aku hanya lulus sekadar cukup makan dalam semua peperiksaan  tetapi aku gagal dalam PMR dan SPM.. Upsr memang aku gagal mencapai target!! tp aku syukur juga ke hadrat illahi... Bak kata orang bukan jumlah A menentukan kejayaan kita... kita sudah pun berjaya juga tetapi nasib tidak menyebelahi kita untuk memperolehi keputusan yang cemerlang, gemilang dan terbilang..

Ketebalan sijil penyertaan bukan pengukur kejayaan kita!!! Kerana sijil boleh dibuat sendiri dan diperakui oleh seseorang yang berkuasa... Dalam PMR aku tersungkur dikala Bahasa Inggeris menghancurkan keputusan aku.. tetapi aku tetap berbangga juga.. kerana keputusan PMR aku juga dapat melayakkan aku melangkah kaki ke aliran sains penuh semasa di Tingkatan 4 dahulu.... 




Sikap sambil lewa aku dalam pelajaran dan sering mengabaikan pelajaran menyebabkan aku tersungkur sekali lagi dalam SPM ketika itu... nasib la 4 subjek teras aku kredit atau dikenali kepujian.. syukur alhamdulillah ke hadrat illahi..

Nilai purata untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 Bawah melebihi standard yang telah ditetapkan.. aku mulanya hampir melanjutkan pelajaran ke kolej swasta tetapi akhirnya aku membuat keputusan yang terbaik iaitu membuat rayuan melanjutkan pelajaran ke F6. Berbekalkan nilai purata 13... akhirnya aku diterima masuk ke Tingkatan 6.. pada masa yang sama aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran di ILP Kota Samarahan dalam bidang Juruelektrik.. kerana tidakberminat aku menolak tawaran tersebut

STPM... peperiksaan awam yang terakhir aku duduki dan penentu masa depan aku seterusnya... adakah aku berjaya melangkah kaki ke menara gading!!! Akhirnya terjawab pada 18 Jun 2009 apabila keputusan UPU diumumkan... ops... lupa nak madah tek nak.. 4P aku perolehi dalam STPM melayakkan diriku untuk memohon melanjutkan pelajaran ke menara gading..

setakat tok jak aku berkongsi pengalaman .. kepak jari aku naip cerita aku tok.. sori la.. banyak cerita tok ktk urang dah taok.. coz pernah diceritakan kat entri sebelum tok...

Doa Belajar




Doa Belajar ni perlu diamalkan sebelum menuntut ilmu...

Adab-adab menuntut ilmu



No comments:

Post a Comment